Thursday, 28 May 2015

SEMINAR ' EXPLORING A CAREER PATH AS A FOREX TRADER'





Pada 3 April 2015 (Jumaat ) , Persatuan Pengurusna Operasi (POM) telah mengadakan programEXPLORING A CAREER PATH AS A FOREX TRADER bertujuan untukmendedahkan pelajar terhadap ilmu FOREX . Selain itu, dapat memberi penerangan berkaitan dengan proses analisis mata wang dunia.Secara tidak langsung dapat memberikan kelebihan kepada pelajar untuk menceburi bidang perniagaan pada masa akan datang 

Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Saudara Anas bin Sarifhudin  selaku pengarah program dan AJK pelaksana. Selain itu,  memberikan pendedahan kepada pelajar tentang ilmu berkaitan pasaran mata wang. 












SEMINAR PEMANTAPAN AKADEMIK


Pada 31 Mac 2014 (Selasa), Persatuan Pengurusan Operasi (POM) dengan kerjasama PPA Kolej Perniagaan (COB) Universiti Utara Malaysia  akan menganjurkan Seminar Pemantapan Akademik bagi pelajar yang mendapat PMK bawah 2.50 dalam peperiksaan akhir semester lepas terutama pelajar dari Kolej Perniagaan COB. Seminar Pemantapan Akademik akan diadakan di DPC 1 – 4, BTC 1 - 5 dan Dewan Seminar C bangunan STML, Universiti Utara Malaysia. Seminar ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan peratusan lulus dalam setiap subjek yang diambil. Selain itu juga, seminar ini diadakan bagi membantu pelajar meningkatkan CGPA dan PMK mereka. Bahkan  dengan cara ini dapat memotivasikan pelajar untuk terus berjaya.

                      Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Saudara Zaid bin Zakaria  selaku pengarah program dan AJK pelaksana . Program ini mempunyai 2 slot, di mana setiap slot akan dikendalikan oleh  6 orang pensyarah yang berbeza yang telah dipilih . Ini merupakan satu program awal yang bagus dalam membantu para pelajar untuk memperbaiki prestasi mereka dari semasa ke semasa.  











STML HIGH-FLYERS



Majlis "STML High Flyers" telah diadakan pada 10 Mac 2015 bertempat di Dewan Seminar C, Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML), Universiti Utara Malaysia (UUM). Pada majlis ini, seramai 144 orang pelajar STML telah diraikan sebagai penerima Anugerah Dekan semester A141 sesi 2014/2015. Majlis ini telah dirasmikan oleh Dekan STML, Prof. Madya Dr. Shahimi Mohtar, manakala penyampaian sijil telah disempurnakan bersama oleh Dekan, Ketua Jabatan dan Penyelaras Program STML.

                   Antara lain dalam majlis yang sama, pelajar telah diberi peluang untuk berinteraksi dengan pihak pengurusan STML dalam satu sesi dialog bersama Dekan dan Ketua Jabatan. Selain itu, majlis ini juga bertujuan memberi motivasi kepada para pelajar bagi meningkatkan dan mengekalkan kecemerlangan akademik mereka untuk semester-semester yang akan datang. Majlis "STML High Flyers" ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Pembangunan Pelajar dan Alumni STML dengan kerjasama persatuan-persatuan pelajar di STML iaitu; MOTIC, POM dan LOGTRANS.




 \




PEMANTAPAN TEKNIK PEMBELAJARAN

Suatu program yang berteraskan akademik telah dijalankan oleh Persatuan Pengurusan Operasi di mana program ini bermatlamatkan untuk meningkatkan peratus lulus di dalam kalangan pelajar Universiti Utara Malaysia terutamanya para pelajar dari kursus pengurusan operasi dan pelajar di bawah kolej perniagaan. Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Saudari Noor Irwani binti Ismail selaku pengarah program dan AJK pelaksana pada 18 April 2014 (Jumaat) di DPC 1 & 2 Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi & Logistik. Program ini mempunyai 3 slot, di mana setiap slot akan dikendalikan oleh 3 orang pensyarah yang berbeza yang telah dipilih berdasarkan slot yang diadakan. Ini merupakan satu program awal yang bagus dalam membantu para pelajar untuk memperbaiki prestasi mereka dari semasa ke semasa.

FAMILY DAY POM 2014

Pada 28 Mac 2014 (Jumaat), Persatuan Pengurusan Operasi sekali lagi telah menjalankan dan menjayakan satu program iaitu 'Family Day POM 2014'. Program ini berlangsung di Taman Rimba UUM.  Pogram ini dijalankan oleh Saudari Nurul Nadia selaku pengarah pogram tersebut. Pelbagai aktiviti telah dijalankan di sana seperti mana yang dirancang oleh AJK Pelaksana pogram. Program ini merupakan sebuah program yang sentiasa dilakukan setiap semester. Penyertaannya terbuka kepada semua pelajar POM dari semester 1 hingga 7..


BENGKEL PENGURUSAN KERTAS KERJA

Persatuan Pengurusan Operasi buat julung kalinya telah menjalankan satu program iaitu 'Bengkel Pengurusan Kertas Kerja'. Program ini disertai oleh Majlis Tertinggi (MT) dan Exco-Exco yang berada di bawah naungan Kelab Akademik STML iaitu Kelab Pengurusan Operasi serta beberapa pelajar yang menjadi pengarah projek di bawah kelab ini. Program ini dijalankan oleh Saudara Arif Mazlan selaku pengarah dan presiden bagi kelab Pengurusan Operasi. Program ini bermatlamat untuk membantu ahli jawatankuasa di dalam kelab supaya mahir dalam melaksanakan sesuatu projek. Program ini dilakukan pada 25 Mac 2014 (Selasa), bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Bengkel ini dilaksanakan di Pusat Kegiatan Pelajar (S.A.C).  Di samping memberi pendedahan dalam melaksanakan sesuatu projek, ia secara tidak langsung mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli jawatankuasa.